Friday, September 13, 2013

Secebis Coretan Tentang Mas'ul & Murabbi Pertamaku

Beliau berasal dari keluarga yang dianggap beragama oleh masyarakat setempatnya iaitu bapanya seorang Tok Guru. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Arab, Kolej Islam Kelang dan terakhir di UKM, Fakulti Pengajian Islam, jurusan Falsafah dan Usuluddin selama 4 tahun. Biarpun sejak awal mendapat pendidikan Islam tapi beliau merasa cukup minat serta meningkatnya kesedaran terhadap Islam pada tahun akhir pengajiannya.

Selanjutnya beliau menjawat Pegawai Pentadbir di sebuah jabatan kerajaan. Setelah 2 bulan setengah beliau pun berhenti kerana merasa tidak dapat memperkembangkan ilmu yang dipelajari. Selama sebulan berfikir akhirnya beliau menerima jawatan sebagai pensyarah Pendidikan Islam di ITM. Buat permulaan beliau terasa kaku dalam mengajar, beliau tidak berapa lancar hendak menyampaikan  lalu pelajar pun tidak mudah faham untuk menerima. Masa itu ada seorang pelajar part 3 kursus Kejuruteraan yang sering dapat menjelaskan  bahan-bahan kuliah kepada pelajar yang kurang faham. Pelajar berkenaan juga mengajak beliau mengadakan 'usrah'. Semasa awal berusrah, beliau kurang berjaya mengendalikannya. Akhirnya pelajar part 3 yang jadi mas'ul atas permintaan beliau dan beliau menjadi mad'u. Lama kelamaan barulah beliau dapat menyampaikan hal-hal Islam secara yang lebih baik.

Namun pergaulan yang luas dengan sahabat-sahabat yang punya fikrah Islami yang jelas beliau mula faham tingkatan dan tindakan yang perlu dilaksanakan ke arah Islam yang syumul.

(dari catatan diariku berdasarkan ta'aruf pertama pada Isnin 24 September 1984, sebelah malam)

Siapakah beliau yang saya maksudkan di atas;
Beliau adalah almarhum Ustaz Abdullah Akhili Abdul Latif yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 46 tahun, pada hari Jumaat 19hb April 2002, cukup 40 hari Ustaz kembali menunaikan Haji di Makkah.
Ustaz di lahirkan pada 14 Januari 1956.

Pengalamanku: Alhamdulillah aku berpeluang mengenali Ustaz sejak Januari 1984 kerana Ustaz adalah pensyarah Pendidikan Islam di kampus ITM Cawangan Johor,, yang ketika itu di Bukit Siput, Segamat, Johor. Ustaz akan bersembang hal-hal yang tarbawi bila-bila kami berpeluang seperti semasa minum teh di warong, di dalam kereta atau bertemu Ustaz di pejabatnya. Ustaz akan meminjamkan aku sebuah buku bila aku menziarahnya di pejabatnya. Bila buku itu habis aku baca dan aku pulangkan, Ustaz akan meminjamkan sebuah buku yang lain pula. Antara judul buku yang aku masih ingat adalah Usul Dua Puluh tulisan Hassan alBanna. Kebetulan aku memang minat membaca. Buku fikrah Islamiah sesuatu yang baru bagiku pada masa itu namun aku merasakan nikmat yang berbeza berbanding dengan novel dan cerpen yang aku minat baca semasa remaja.

Sesuatu yang tidak mudah kulupakan adalah senyuman manis Ustaz yang melekat dalam memoriku sehingga ke hari ini.  

(Jazakillah buat salah seorang anak ustaz, Ukhti Ahlaam memberikan maklumat tambahan)

Pandangan sahabat-sahabatku:

Nur AlHuda
 Ina (Amnani).... kali terakhir kami dengan almarhum pada 28 Mei 2000 di KLIA. Kata-kata terakhir Cik Uda kepada almarhum, "maafkan ana, ustaz.." Lalu almarhum memberi senyuman terakhir.. Inilah wajah seorang murabbi mithali dan mithal 'amali..
May 19, 2012 at 10:15pm

Abdul Kadir Hanifah 
Ustaz Abdullah Akhili berkerja untuk islam(jamaah) sewaktu ramai yang terpaku dalam zon selesa. Semoga Allah menerima pengorbanan beliau.amiin
September 25 at 10:30am


ustaz sangat murah untuk senyum dengan sesiapa saja.-terkenang:sewaktu ana ziarah beliau sedang bergelut dengan penyakit yang menimpa(Allah uji beliau)dia beri tahu anak lelakinya."pergi beli makan/nasi sahabat datang ni."-akhi2.ana menangis ini kerana banyak sebab dan sangat sayang kepada ustaz ABDULLAH AKHILI.semoga Allah redzo kepadanya.amiin ya rabb

Abu Zahid Ibn Sham
 Moga Allah menerima semua amalan soleh mereka... Ustaz Abdullah AKhili rhm adalah antara murabbi yang tidak akan ku lupa sampai bila-bila...


Pandangan anak-anak almarhum Ustaz:


Saat yang paling diingati adalah, bila aku memandang padanya, dia pasti akan memandangku dan tersenyum.. :')

Abdullah Akhili


HUTAN JAHILIAH

Seandainya kita ingin membina sebuah bangunan yang besar, tinggi dan lengkap, maka kita memerlukan kepada tapak yang sesuai. Sekiranya tempat tersebut mempunyai hutan yang tebal, maka ia perlu dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu baharulah dibina asas yang kukuh di tempat yang telah dibersihkan itu. Atas asas dan tapak inilah bangunan tersebut akan dibina. Tanpa dibersihkan hutan itu terlebih dahulu bagaimana kita hendak membina bangunan tersebut. Rumah yang dibina ditempat yang lembut akan condong dan terus tumbang ke bumi.

Demikianlah sebenarnya Islam. Ia tidak akan dapat dibina tanpa asas, iaitu iman yang mendalam. Iman tidak dapat ujud tanpa membersihkan hutan-hutan Jahiliah (kepercayaan, pegangan, aqidah, pemikiran dan amalan yang bercanggah dengan Islam) yang tebal di dalam hati, pemikiran dan amalan manusia. Sama juga dengan persiapan untuk membina bangunan tadi. Oleh itu kita perlulah membersihkan dan mengikis jahiliah yang ada pada diri kita terlebih dahulu, baharulah iman dapat bertapak dengan kukuh sehingga mampu untuk menjadi asas kepada bangunan Islam yang tinggi lagi indah itu.

Demikianlah kaedah dan proses pembinaan Islam oleh Rasulullah s.a.w. Untiuk mengikis jahiliah dan membina iman adalah dua perkara yang amat sukar. Oleh itu ia memerlukan kepada method yang betul berdasarkan kepada sumber yang betul disamping melalui masa yang panjang seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah membina iman dan aqidah yag teguh dalam jiwa para sahabat selama 13 tahun kerana tanpa iman yang mendalam Islam tidak dapat dibangunkan.

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - (dari kacamata Sahibah)


Satu lagi kes, semasa di Mekah dan Madinah, hati Mak Cik sentiasa teringatkan Ukhti Faridah,
sahibah di Johor yang diserang kanser rahim hingga ke tahap kritikal. Dalam doa Mak Cik tak boleh lupakannya. Masa di aipr port Madinah, dapat berita beliau akan menjalankan pembedahan buang rahim yang telah sekian lama tertangguh. Awal pagi sabtu, 1 Januari mak Cik sampai di KLIA, dapat berita pembedahan dihentikan separuh jalan kerana darah keluar tak berhenti. Beliau perlukan bekalan darah. Ramai keluarga dan sahabat yang menderma darah untuknya.

Hari Ahad, 2 Januari kami berkejar untuk menziarahinya di Hospital pakar JB. Sampai di Macap, dapat SMS Ukhti Faridah telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.15 pagi. Sepanjang perjalanan ke JB airmata tidak berhenti mengalir sampailah mengiringi ibunya mengkafankan jenazah beliau. Sebelum itu ibunya menangis "7 orang anak dia.... patutnya biarlah saya pergi dulu, anaknya kecik-kecik lagi. Tak ada Idah macam manalah kami... dia sangat penting daam keluarga Mak Cik. Arwah Pak Cik meninggal, dialah bapak, menanggung segala keperluan adik-adiknya sekolah. Kalau ada masalah adik beradik, dia panggil bermesyuarat. Selalu dia buat mesyuarat dengan adik-adiknya, dengan anak-anak...." Mak Cik peluk bahu ibunya untuk meredakan tangisan itu " Insyaallah, Mak Cik, Allah akan gantikan Idah dengan orang yang lebih baik".

Masa di hospital beberapa kali masuk bilik air basuh muka kerana air mata tak mahu berhenti keluar. Menangis juga memikirkan bila sampai giliran kita akan kembali ke hadrat Allah? Semasa menatapnya buat kali terakhir sempat Mak Cik cium dahi dan membisikkan "Idah, semoga syurga menantimu". Lepas itu air mata keluar lagi. "Bagaimana kelak rohku nanti..."

Dalam perjalanan mengiringi jenazah pulang ke Simpang Renggam, Pak Cik sampaikan makluman daripada Akhi Ashari Kinon, suami Allahyarhamah "Allah izin dia meninggal dalam keadaan very well prepared (persiapan yang rapi), dua tiga hari sebelum operate, nampak dia gembira dan ceria sangat. Beli LCD, siapakan power point bahan tarbiyah dan pesan supaya saya sampaikan kepada familynya tiap-tipa bulan. Ada wasiat untuk setiap anak-anak dalam lap top.." Masya allah, tersentuh hati Mak Cik, sampai begitu sekali persiapannya, memang beliau dah bersedia dan menjangka akan menghadap Allah Rabbul Jalil. Jasa beliau menjadi bendahari Akhowat Johor amat dihargai. Semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan menghimpunakan rohnya bersama para solehin dan syuhada'. Amin.

Hingga kini masih terbayang-bayang wajah lembut, pelukan intim dan senyuman manisnya ketika kami ikuti program yang sama di Simpang Renggam. Setiap kali teringatkannya pasti mengalir air mata kerana merinduinya. Sahibah Simpang Renggam maklumkan "Dia sakit, tapi dalam bab dakwah macam orang sihat (tak sakit)..". Semasa halaqah terakhir, beliaulah yang ambil kunci dan siapkan tempat halaqah. Tajuk terakhir yang dibentangkan adalah Usul Isyrin yang ke-20.

Inilah hakikat cinta sejati, hasil dawah dan tarbiyah yang dilalui.

Bila, di mana dan dalam keadaan apapun kita semua akan ke alam barzakh, kita ingin menjadi hamba Allah, Khalifah Allah dan Dai'e iLlallah yang sudah mempersembahkan yang terbaik dalam hidup kita seperti Almarhumah di atas. Al Fatehah, semoga Allah himunkan roh mereka bersama para anbia, para solehin dan para syuhada, Amin. Seperti semua almarhumah, kita harus buat ibu bapa kita puas melahirkan kita. Kita ingin anak-anak kita sentiasa merindui dakwah dan tarbiyah kita apabila kita mash hidup atau telah tiada di dunia ini. Semuanya hanya akan terhasil dari proses Tarbiyah Islamiyah yang telah ditunjuki oleh Rasulullah saw mendidk keluarga da para sahabatnya. Tarbiyah ini yang seharusnya kita warisi dari generasi ke generasi dan dari zaman ke zaman.

Harapan mak Cik, kepada semua sahabat dan sahibah, keluarlah dari cengkaman stress memikirkan dunia dan bebaskan diri agar kita semua menjadi Putera/Puteri Akhirat. Memanglah sedih terdengar ada sahabat dan sahibah futur, tercicir kerana tidak tahan dengan ujian..., tertekan, banyak masalah keluarga, busy, kesempitan duit dsb. Doa memanglah kita tolong doakan, tapi tuan punya diri bagaimana? alangkah manis dan bahagianya kehidupan kita semua di dunia ini jika semua sahabat dan sahibah berminat kepada Visi dan Misi, satu arah tujuan iaitu berakhlak, mendidik dan berbakti demi mendapatkan keredhaan allah. niat yang suci murni, banyak mempermudahkan jalan-jalan kita mengurus dunia dan segala urusan menjadi ibadah di sisi-Nya. Tiada daya & kekuatanku melainkan dengan izin Allah SWT.

dipetik dari Buletin HALUAN Johor Jun 2009

sambungan dari kisah:http://merekayangtelahpergi.blogspot.com/2013/09/ukhti-faridah-dalam-kenangan-usah.html

Ukhti Faridah Dalam Kenangan - Usah Bertangguh Jika Terdetik Hati Nak Ziarah

Tuesday, January 27, 2009


Ukhti Faridah adalah classmateku semasa di ITM Segamat pada tahun 1984 & 1985.

Hanya sekali aku berbicara dengannya ketika itu bila Ustaz Lah (almarhum), suruh sampaikan satu pesanan. Aku dapat sampaikan pesanan itu ketika dia berada di perpustakaan ITM.

Selepas 'grad', aku dapat tahu dia telah 'walimah' dengan seorang Sahabatku, yang junior aku semasa di ITM Segamat, melalui Kak Siti Hajar yang kebetulan aku berkenalan semasa aku on-line dalam satu room MIRC.

Pada Hari Raya Idul Fitri 2004, aku & zaujah bersama anak2 tergerak hati untuk singgah di Simpang Renggam untuk menziarahi mereka. Alhamdulillah, Ukhti Faridah memberi sambutan yang hangat dan mesra meski tidak pernah mengenali zaujahku sebelum ini.

Semasa mahu pulang Ukhti Faridah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepadaku.

Pada Hari Raya Idul Fitri 2008, aku tergerak hati nak ziarah mereka lagi tetapi memandangkan
baru Hari Raya ke dua, aku berfikir mereka masih sibuk beraya di rumah mak mereka, maka
aku tak jadi nak singgah.

Pada 01/01/09 aku dikejutkan dengan satu SMS dari zaujah yang sampaikan berita Ukhti Faridah ICU di HSI akibat pendarahan yang tak berhenti selepas pembedahan kanser rahimnya. Kebetulan masa itu aku berada di Madina al-Munawarah (alhamdulillah, Allah kabulkan hajat aku tunaikan Haji pada usia 44), sempat mendokan agar beliau sembuh sepenuhnya atau beroleh husnul-khatimah dalam solat-solat hajatku dan semasa berdoa di Raudhah.

Sekembali ke tanahair pada 10/01/09, aku mendapat berita bahawa Ukhti Faridah telah kembali ke pangkuanNya pada 04/01/09 jam 9.45 pagi. Memang sebak rasa hati, sesebak aku menerima khabar Ustaz Abdullah pulang ke rahmatullah beberapa tahun lalu.

Pada 25/01/09, kami (aku, zaujah & anak-anak) sempat menziarahi Sahabatku, suami Ukhti Faridah. Beliau menceritakan detik-detik terakhir perjalanan sakaratul maut zaujah beliau kepada kami.

Ukhti Faridah sesungguhnya tabah melalui kesakitan kanser rahimnya, masih bekerja
bersungguh-sungguh selesaikan apa jua tanggungjawab dan tugasnya sehinggalah beliau berangkat ke dewan pembedahan pada 31/12/08.

Semasa bersalaman sebelum pulang aku sempat berpesan pada Sahabatku, 'Moga enta tabah lalui ujian hidup'. Beliau membalas, 'Jangan lupa doakan ana!' InsyaAllah aku doakan Sahabatku & 6 orang anak yang ditinggalkan diringankan bebanan & tanggungan, diberikan ketabahan oleh Allah dalam meneruskan perjalanan hidup ini ke arah mencapai matlamat tertinggi iaitu mencari keredhaanNya.

Sahabatku juga bercerita:
Saya menikah dengan Faridah pada 21/11/1993...masa tu Faridah sedang mengambil DPLI di UTM...dan selepas habis DPLI bulan Jul 1994 beliau terus mengajar di SMK Sultan Ismail JB..Tahun 1997 kami pindah dan tinggal di Spg Renggam kerana bapa Faridah meninggal akibat kemalangan dan beliau mengajar di SMK Dara..arwah meninggal akibat Kanser Rahim...operation pertama pada bulan Feb 2007...dan meninggal pada 4/1/2009 akibat pendarahan semasa operation kali ke dua di Hospital Sultan Ismail...mempunyai 6 orang anak berusia diantara 9-18 tahun.Kami menetap di Kg Sahari Simpang Renggam..dan saya amat2 terasa kehilangannya kerana arwah merupa isteri yang sangat2 baik.

Beliau meninggal akibat pendarahan yang tak henti semasa operation kali kedua....di HSI JB...permergiannya agak mengejut....kerana , pada hari Rabu 31/12/2008, beliau sempat menghadiri mesyuarat sekolah..dalam keadaan happy dan ceria...pada hari Khamis petang ketika saya menghantar ke hospital....sambil menggengam erat tangan saya beliau berkata"Abang..kita hidup di dunia sama-sama dan mudah2an kita kat akhirat pun sama2 ya.."..inilah pesanan beliau yang tak akan saya lupakan...saya redha di atas pemergiannya kerana beliau isteri yang sangat2 solehah...dan memang layaklah Allah lebih sayang kepadanya


Kembalinya Ukhti Halimatun (Ummi) - Zaujah Dato' Ustaz Dahlan b. Md. Zain


Kita telah kehilangan seorang pendidik berjiwa besar tatkala almarhumah meninggal dunia jam 6.15 pada hari Khamis 14 Mei 2009.

Almarhumah merupakan tonggak atau tulang belakang pembangunan insan dan akademik Matri,
di samping barisan ustaz dan ustazah sejak 20 tahun yang lalu. Banyak jasa dan hasil tarbiyah beliau yang tidak mungkin dilupakan oleh anak didik di setiap pelosok negeri.

Tanda ingatan ini membuktikan hakikat cinta sejati, hasil dakwah dan tarbiyah yang kita semua telah lalui. Jika kita sering mendoakan kesejahteraan roh ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita di alam barzakh, Insya Allah lambat laun kita juga akan kembali ke Rahmatullah. Semoga kita bersama mereka yang kita cintai kelak. Amin.

Wednesday, January 4, 2012

Untukmu Murabbi



Tentunya ada yang tidak kena jika tidak ada coretan yang saya kongsikan berikutan pemergian murabbi yang dikasihi, Ustaz Dahlan. Namun tidak semudah itu untuk menulis tentang seseorang yang telah mewakafkan hidupnya untuk dakwah hingga percikan hidayah mengenali diri saya yang satu ketika itu berada disatu lembah yang jauh dari keredhaan Allah SWT. Dan saya juga yakin bukan saya seorang saja menerima percikan hidayah dari usahanya.

Bermacam-macam perkara yang bermain dibenak fikiran saya namun semuanya membuatkan saya terdiam sendiri dan jari jemari terasa kaku untuk menulis tentangnya. Ketika dalam perjalanan kesatu program rutin minggu lepas tiba-tiba kisah ustaz menjadi tajuk utama. Perkataan yang mula-mula keluar dari bibir saya; Ustaz adalah ‘hadiah’ dari Allah untuk kita.

Ya, bagi jiwa-jiwa yang mengenali almarhum, menghayati liku-liku perjalanannya dan menghayati perjuangan dakwahnya tentu dapat merasai hakikat ini. Saya juga yakin saya bukan taasub padanya tetapi saya cinta dan kasih padanya. Kalimah ini tidak saya tuturkan kerana kesempurnaannya kerana tidak ada manusia yang sempurna atau maksum melainkan para nabi. Tetapi saya dapat merasai keikhlasannya dan kesungguhan dalalm jihad dan perjuangannya serta pengorbanan tanpa bakhil dan berkira-kira agar jiwa-jiwa seperti saya dan ramai lagi kembali terikat kepada keimanan serta sibuk menyediakan diri untuk pulang kepada Allah SWT.

Saya masih teringat kali pertama saya bertemu wajah dengannya dan ketika itu saya masih baru melangkah masuk kealam tarbiyyah. Ketika almarhum memulakan penyampaiannya terdetik dihati saya “orang tua ni bercakap macam boring je…rasa-rasanya sat lagi terlenalah aku ni”. Pada ketika itu saya hanya kenal Ustaz sebagai seorang mudir disebuah sekolah agama yang saya tak kenali. Namun setelah duduk mendengar penyampaiannya, hati saya mula rasa begitu tertarik. Terasa perkongsiannya begitu menarik hati, seolah-olah jiwa kami sedang berinteraksi. Mungkin kerana keikhlasannya, sebagaimana kata seorang hukamak; kata-kata yang terbit dari hati akan terus menuju ke hati. Ketika Ustaz mengakhiri perkongsiannya terasa seolah-olah ingin saya berkata; “teruskan lagi Ustaz kami masih ingin terus mendengar”. Itulah kali pertama saya bertemu dengannya, satu pertemuan yang saya rasakan begitu pendek tetapi membuatkan saya ingin terus mengenali Islam dan memperbaiki diri saya.

Itulah antara detik-detik awal saya mengenali almarhum. Ya, siapa sangka saya yang dulunya suka berlumba motor (Istilah sekarang ni berempit), kaki wayang dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak akan saya sebutkan disini yang pernah saya lakukan kini kadang-kadang menangis sendirian ketika mengenangkan semua itu. Mungkin ada pelajar-pelajar saya yang merasa hairan dan tertanya-tanya kenapa kadang-kadang saya menangis sebelum membuat penyampaian; sebenarnya saya takut kalau-kalau maksiat yang lakukan dulu menjadi hijab (penghalang) antara saya dan hati-hati mereka untuk itu saya benar-benar berharap Allah ampunkan dosa-dosa saya itu.

Bahkan, pernah saya dan beberapa orang sahabat berkongsi cerita lama (Saya tak akan sebutkan nama-nama mereka seperti yang telah dijanjikan); Ada yang pernah minum arak bahkan ada mini bar dirumah, ada yang pakar alat muzik dan boleh bermain apa saja alat muzik yang bertali dan bertiup dan sebagainya, ada yang pernah jadi penagih dadah dan sebagainya tetapi alhamdulillah mereka itu kalau saya sebutkan nama-nama dan yang mengenali mereka sekarang tentu tidak akan percaya sama sekali tetapi inilah keajaiban tarbiyyah.

Ya, saya benar-benar merasakan almarhum itu 'hadiah' dari Allah untuk kita. Bahkan keturunannya pun bukan dari Malaysia. Ketika itu ayahnya dalam perjalanan ke Mekah kerana ingin berguru dengan Syeikh Zaini Dahlan namun ditakdirkan Allah kapal yang dinaikinya berlepas agak awal lalu meninggalkannya yang pada masa itu mengambil peluang ke Perlis untuk menziarahi saudara maranya. Akhirnya ayahnya berkahwin dengan seorang gadis tempatan di Perlis dan hasilnya adalah cahayamata yang diberi nama sempena Syeikh Zaini Dahlan iaitu Dahlan atau almarhum Ustaz Dahlan yang kita kasihi. Ustaz Dahlan yang kemudiannya mewaqafkan hidupnya untuk kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah

Saat bersamanya benar-benar menggambarkan syaksiyah yang perlu dijadikan contoh. Saya tidak pernah mendengar dari mulutnya ia mencela sesiapapun walau pada orang yang memang suka menfitnah dan mencelanya. Menurut seorang sahabat yang pernah menjadi pelajarnya, tidak pernah sekalipun ia datang lewat ke kelas. Menurutnya lagi, pernah satu hari almarhum baru pulang dari luar negeri, jadi kami yakin ia tak akan masuk kelas hari tu (tentunya penat). Jadi ramai yang tak masuk kelas hingga tiba-tiba dimaklumkan almarhum sedang menunggu dikelas.

Saya juga sering menjadikannya tempat rujuk apabila berdepan dengan masalah. Antara sikapnya yang menyebabkan saya begitu hormat padanya ialah ia tidak pernah mendengar sambil lewa. Biasanya apabila saya sebut ada perkara yang nak ditanya maka ia akan tinggalkan kerjanya dulu. Kalau ia sedang membaca surat khabar maka surat khabar itu akan diletakkan dan dia akan berpaling sepenuhnya untuk mendengar. Inilah sikap yang sepatutnya ada pada seorang da’ie (pendakwah) yang selalu dipinggirkan hari ini. Bahkan pernah saya dan beberapa orang pergi kerumahnya untuk berbincang satu perkara yang agak penting, namun memandangkan korum masih belum cukup, saya mengambil peluang untuk bertanya satu soalan. Ya, satu soalan yang saya rasakan akan mengambil masa sekejap saja. Ustaz seperti biasa mendengar dengan teliti dan menjawab soalan itu untuk beberapa jam hingga perkara yang kami bincangkan itu ditunda ke masa lain kerana memandangkan almarhum pun tak berapa sihat.

Satu perkara lagi yang menyebabkan saya kagum terhadapnya ialah pada umur yang kebanyakan manusia sudah mula nyanyok dan terlupa tetapi almarhum begitu berpandangan jauh dan terbuka. Ia bersedia mendengar dan menerima perbezaan pendapat dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik dan karismatik. Pernah seorang guru mengadu terkasar pada anak muridnya dan merasa bersalah dengan tindakannya. Namun ustaz memberi respon yang diluarjangkaan dengan katanya “kalau ana, ana penampar je budak tu” menyebabkan guru yang bertanya tadi terasa lega dan lapang dada namun setelah berbincang baru ustaz menyebutkan tindakan yang paling baik ialah sekian, sekian dan sekian.

Mungkin banyak kelebihan-kelebihannya yang ada padanya bahkan sukar untuk mencari manusia dengan kelebihan yang terkumpul pada dirinya sebanyak almarhum namun kita tidak seharusnya terhenti pada titik KAGUM atau HORMAT. Sebagaimana kata Hassan Al Banna; Ramai yang mengkaji sirah dan kagum dengan keperibadian sahabat tetapi tidak ramai yang meneliti semula dan cuba memahami apa yang ada dijiwa mereka hingga menjadikan jiwa mereka begitu hebat.

Tentu rugi sekiranya kita terhenti pada titik titik itu tanpa cuba memahami apa yang ada dijiwanya hingga menjadikan kehidupannya begitu kita kagumi dan hormati. Tentu ia tidak sedikitpun mengharapkan sanjungan kita. Dan saya benar-benar yakin bahawa apa yang ada dijiwanya itulah perkara yang paling besar yang ingin dikongsinya dengan anak-anak didiknya. Nan tentunya apa yang ingin dikongsikan itu adalah seperti yang ingin dikongsikan olehnya ialah apa yang diwarisinya dari pejuang-pejuang Islam terdahulu, sahabat-sahabat bahkan Rasulullah SAW sendiri, sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam Hassal Al Banna dan ingin saya kongsikan dibawah ini:

KEBANGKITAN RUH
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum, kecuali mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka (Ar Ra’du: 11)[/I]

Oleh itu perkara terpenting yang harus mendapat perhatian di dalam kerja-kerja dakwah, yang nantinya akan menentukan kemunculan, pertumbuhan dan penyebarannya di muka bumi – adalah kebangkitan ruh; sehingga yang pertama kali dicanangkan dalam dakwah ini adalah kebangkitan ruh, hati yang hidup dan ketajaman nurani.

Oleh itu, dakwah Islamiyyah lebih menekankan pada peningkatan motivasi dan pembinaan ruhani di atas amal Islami yang beraneka ragam bentuknya.

Kita menginginkan :


Terbangunnya jiwa-jiwa yang hidup, kuat dan teguh.
Hati-hati yang segar dan memiliki semangat yang berkobar-kobar.
Jiwa-jiwa yang tidak pernah berputus asa dan sentiasa merindukan tercapainya cita-cita Islami serta sentiasa bekerja keras dalam usaha-usaha menuju ke sana.


Umat Islam harus berupaya menyatukan jiwa mereka dengan nilai-nilai ini, sehingga terbangunlah sebuah aqidah yang mantap. Tanpa panduan yang jelas kebangkitan umat hanya seperti lilin kecil di tengah gulita Sahara. Nyalaannya akan terasa redup, lemah dan tidak bertenaga.

Kebangkitan Pertama

Kita perlu berusaha agar dakwah kita sentiasa meniti langkah di atas manhaj dakwah generasi pertama. Kita menginginkan agar kebangkitan dakwah hari ini menjadi gema dan penerusan dari kebangkitan dakwah pertama yang dibawa oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun yang lalu di Kota Mekkah.

Alangkah baiknya sekiranya kita dapat kembali menghayati semangat dakwah yang ada pada masa itu; yang disinari oleh cahaya nubuwwah dan keagungan wahyu Ilahi.

Marilah kita mengkaji kembali jejak langkah Rasulullah SAW; penghulu para Rasul dan Murabbi pertama umat ini.

Petunjuk dan cahaya Rabbani bagaimanakah yang sebenarnya diberikan oleh Baginda kepada para sahabat, sehingga memancarnya cahaya yang bersinar terang setelah kegelapan menguasai kehidupan.
Air kehidupan apakah pula yang disiramkan oleh baginda ke dalam hati-hati mereka, sehingga mereka dapat sentiasa bergerak, berkembang, menumbuhkan bunga-bunga, melapisinya dengan dedaunan nurani dan perasaan serta tumbuh di dalamnya kreativiti dan kemauan yang tinggi.

Didikan Rasulullah Saw
Rasulullah SAW menanamkan tiga hal pada diri para sahabat untuk membangkitkan ruhani atau jiwa mereka

Beriman Dengan Keagungan Risalah Islam

Rasulullah SAW menanamkan dalam hati mereka bahawa Risalah yang dibawanya adalah al haq, sedangkan selainnya itu adalah kebatilan. Risalah Islam adalah sebaik-baik risalah. Manhaj Islam adalah manhaj yang paling utama. Syariat Islam adalah sistem perundangan yang paling sempurna yang hanya dengannya akan terwujudnya kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Di samping itu baginda juga membacakan sebahagian ayat-ayat Allah kepada mereka, untuk menambah keteguhan jiwa dan keterikatan hati mereka.

Maka berpegang teguhlah kamu kepada apa yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya, kamu berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya al Quran itu benar-benar suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu; dan kelak kamu akan ditanya. (Az Zukhruf : 43-44)

Maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di dalam kebenaran yang nyata. (An Namlu: 79)

Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syari’at (peraturan) dari urusan (Deen) itu, maka ikutilah syari’at itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (Al Jatsiyah: 18)

Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beiman sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (An Nisa’: 65)


Mereka (para sahabat) pun akhirnya beriman dan yakin dengan ayat-ayat ini serta berusaha untuk sentiasa bertolak dari sana dalam segala urusan

Berbangga Dengan Deenul Islam

Rasulullah SAW menanamkan dalam hati para sahabat bahawa selama mereka berada di dalam kebenaran dan menjadi pembelanya, maka mereka berada di atas jalan yang terang. Selain dari itu adalah kegelapan.

Selama di tangan mereka tergenggam petunjuk dari langit untuk membimbing manusia, maka lanjutannya, mereka harus menjadi pemandu dan pengarah umat manusia. Mereka harus menjadi pembimbing, pendidik, penunjuk jalan dan penuntun manusia ke arah kebenaran di atas jalan yang lurus.

Al Quran al Karim menegaskan sekaligus menjelaskan kandungan makna ini. Para sahabat pun mendengar dan menerima penjelasannya secara langsung dari Rasulullah SAW.

Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah dari mungkar serta beriman dengan Allah (Ali Imran: 110)

Demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi atas (perbuatan) manusia dan agar asul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu. (Al Baqarah: 143)

Berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam Deen ini (Islam) suatu kesempitan. (Al Hajj: 78)

Mereka pun beriman dan yakin dengan semua yang tercantum dalam ajaran Al Quran serta berlumba-lumba untuk mengamalkannya

Keyakinan Akan Datangnya Bantuan Dan Pertolongan Allah.

Rasulullah SAW menanamkan dalam hati para sahabat bahawa selama mereka yakin dengan kebenaran dan merasa bangga berpegang padanya, maka selama itu pula Allah beserta mereka dan akan menolong mereka.

Allah pasti akan memberi petunjuk, membantu dan memenangkan mereka disaat para tentera bumi tidak ada yang mahu bangkit bersama mereka, Allah akan menurunkan bantuan dari tentera langit untuk mereka.

Para sahabat kemudian menelaah makna-makna ini, sebagaimana yang terpapar jelas dalam kitab Allah. Mereka lantas beriman lalu lenyaplah segala kesedihan dan kerisauan.

Sesungguhnya bumi ini milik Allah, yang akan diwariskan kepada siapa saja yang dikehendaki dari hamba-hamba-Nya. Dan akibat terbaik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (Al A’raf: 128)

Sesungguhnya bumi ini aakan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang shalih (Al Anbiya’: 105)

Dan sesungguhnya Allah akan memenangkan orang yang membela-Nya. Sesungguhnya Allah itu Mahakuat lagi Maha Perkasa (Al Hajj: 40)

Allah telah menetapkan ‘Aku dan rasul-rasul Ku pasti menang’ Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Al Mujadalah: 21)

(ingatlah) ketika Rabbmu mewahyukan kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhlah pendirian orang-orang yang telah beriman.”

..dan Kami selalu berkewajiban untuk menolong orang-orang yang beriman (Ar Ruum: 47)

Dan Kami hendak memberi kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) (Al Qashash: 5)


Mereka membaca ayat-ayat ini dan memahami dengan sebaik-baiknya, sehingga Iman mereka pun semakin kukuh dan keyakinan mereka semakin mantap. Mereka sentiasa berlumba-lumba dalam kebajikan dengan mengamalkan kandungan Al Quran.

Penutup

Dengan berbekalkan tiga keyakinan ini; 1) Beriman Dengan Keagungan Risalah Islam. 2) Berbangga Dengan Deenul Islam. 3) Keyakinan Akan Datangnya Bantuan Dan Pertolongan Allah. Rasulullah SAW telah berjaya menghidupkan (dengan izin Allah) Iman dalam hati kaum mukminin. Baginda menentukan sasaran-sasaran yang harus mereka capai dalam hidup yang singkat ini.

Para sahabat pun maju ke medan perjuangan untuk mengembangkan risalah Islam, dengan menghafalnya bersungguh-sungguh di dalam dada, serta mengamalkannya dalam akhlaq seharian dan seluruh aktiviti hidup mereka. Mereka hanya mengharapkan balasan Allah SWT, serta yakin akan pertolongan dan bantuan Nya.

Mereka akhirnya berjaya menundukkan dunia (setelah menundukkan nafsu mereka dengan apa yang dikehendaki Allah SWT) dan mendirikan di atasnya dasar-dasar kehidupan yang utama (Iman). Mereka berhasil menegakkan sebuah peradaban besar yang diwarnai oleh akhlaq karimah dan kasih sayang terhadap sesama manusia.[/ALIGN]

Maafkan Aku Maafkan aku
Kerana aku tidak tahu
samada aku perlu senyum atau menangisi pemergianmu
Aku perlu senyum kerana hadir mu
telah membangunkan ku dari lenaku yang panjang
lalu aku dapat membezakan antara kelam dan cahaya
pergimu telah mengejutkan ku dari kelalaian dan kerehatan
Tapi aku juga perlu menangis
kerana esok, aku tidak lagi dapat mengatur langkah bersamamu
atau mempelajari semalam dengan hikmahmu

Maafkan aku
jemariku kaku untuk menulis tentangmu
hatiku beku untuk mengenangimu
kerana aku masih merasa berada disisimu

Semoga pergimu ketempat mulia abadi
Semoga perjuanganmu akan ada penyambungnya
[/I]
http://my.opera.com/azmibhr/blog/2010/09/27/untukmu-murabbi

Al-Fatihah : Pemergian seorang insan gigih mendidik & berbakti - Allahyarham Mohamad Sabri Ibrahim

Tuesday, September 27, 2011



Allahyarham bersama isterinya yang tercinta.


Pagi ini, sekitar jam 5.20 pagi saya menerima mesej yang mengejutkan. Pemergian seorang lagi, individu yang saya kenali dan sentiasa berhubungan atas kerja-kerja tarbiyah, dakwah dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Allahyarham Mohamad Sabri Bin Ibrahim, atau saya lebih selesa memanggilnya dengan panggilan pak cik. Kerana merasakan bahawa – saya lebih muda usianya dan menghormatinya. Beliau telah kembali ke Rahmatullah jam 4.40 pagi 28 September 2011 di Hospital Ampang Puteri setelah sakit beberapa hari kerana mengalami serangan angin ahmar (strok).

Saya mengenalinya beberapa tahun yang lepas, terutama dalam penglibatan saya dalam Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK). Allahyarham merupakan bendahari HALUAN Malaysia yang banyak mengurus keluar masuk wang di akaun bank HALUAN dan khidmat beliau sangat membantu dalam melincinkan segala urusan berkaitan pengurusan kewangan.

Allahyarham (memegang kamera) bersama-sama sahabat-sahabat beliau dalam suatu majlis. Al-Fatihah.

Saat teringat, suatu masa dahulu – beliau bertanyakan saya tentang dunia blog. Beliau tanyakan kepada saya bagaimana hendak buat blog, reka bentuk dan mengurus pengisian di dalam blog.

Katanya : “ Ana berminat untuk menulis dalam blog sebagai salah satu medium dakwah dan perkongsian dengan rakan-rakan.”

Sememangnya, allahyarham sentiasa mengemaskini blognya dengan tulisan-tulisan nasihat yang dipetik dari pelbagai buku, catatan dan kuliah-kuliah yang dihadirinya. Semoga perkongsiannya di blog menjadi salah satu bekalan dan sahamnya di dalam akhirat kelak.

Layarilah blognya : TEHBRI Mendidik dan Berbakti. Sebagai perkongsian yang digerakan dan diusahakan oleh beliau. InsyaAllah.

Kali terakhir saya bertemunya adalah pada dua minggu yang lepas, ketika menghadiri suatu mesyuarat di Kuala Lumpur. Siapa sangka, saat itu beliau sihat dan tersenyum dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sungguh, Allah jualah yang Maha Kuasa dan Agung.

Saya ingin mengucapkan ta’ziah kepada ahli keluarga dan para sahabat-sahabat Allahyarham – semoga kita semua tabah menerima ketentuan dan suratan takdir Allah SWT. Peristiwa ini mengingatkan kepada kita semua bahawa, kematian itu pasti akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Justeru, kehidupan ini harus ditunjangi dengan ketaatan dan amalan soleh kepada-Nya.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”

(Ali Imran 3 : 185)

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa dan kesalahan beliau. Semoga Allah SWT menerima semua amal soleh yang beliau usahakan, kerjakan dan laksanakan di sepanjang hayatnya.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu