Tuesday, January 27, 2009
Ukhti Faridah adalah classmateku semasa di ITM Segamat pada tahun 1984 & 1985.
Hanya sekali aku berbicara dengannya ketika itu bila Ustaz Lah (almarhum), suruh sampaikan satu pesanan. Aku dapat sampaikan pesanan itu ketika dia berada di perpustakaan ITM.
Selepas 'grad', aku dapat tahu dia telah 'walimah' dengan seorang Sahabatku, yang junior aku semasa di ITM Segamat, melalui Kak Siti Hajar yang kebetulan aku berkenalan semasa aku on-line dalam satu room MIRC.
Pada Hari Raya Idul Fitri 2004, aku & zaujah bersama anak2 tergerak hati untuk singgah di Simpang Renggam untuk menziarahi mereka. Alhamdulillah, Ukhti Faridah memberi sambutan yang hangat dan mesra meski tidak pernah mengenali zaujahku sebelum ini.
Semasa mahu pulang Ukhti Faridah sempat mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepadaku.
Pada Hari Raya Idul Fitri 2008, aku tergerak hati nak ziarah mereka lagi tetapi memandangkan
baru Hari Raya ke dua, aku berfikir mereka masih sibuk beraya di rumah mak mereka, maka
aku tak jadi nak singgah.
Pada 01/01/09 aku dikejutkan dengan satu SMS dari zaujah yang sampaikan berita Ukhti Faridah ICU di HSI akibat pendarahan yang tak berhenti selepas pembedahan kanser rahimnya. Kebetulan masa itu aku berada di Madina al-Munawarah (alhamdulillah, Allah kabulkan hajat aku tunaikan Haji pada usia 44), sempat mendokan agar beliau sembuh sepenuhnya atau beroleh husnul-khatimah dalam solat-solat hajatku dan semasa berdoa di Raudhah.
Sekembali ke tanahair pada 10/01/09, aku mendapat berita bahawa Ukhti Faridah telah kembali ke pangkuanNya pada 04/01/09 jam 9.45 pagi. Memang sebak rasa hati, sesebak aku menerima khabar Ustaz Abdullah pulang ke rahmatullah beberapa tahun lalu.
Pada 25/01/09, kami (aku, zaujah & anak-anak) sempat menziarahi Sahabatku, suami Ukhti Faridah. Beliau menceritakan detik-detik terakhir perjalanan sakaratul maut zaujah beliau kepada kami.
Ukhti Faridah sesungguhnya tabah melalui kesakitan kanser rahimnya, masih bekerja
bersungguh-sungguh selesaikan apa jua tanggungjawab dan tugasnya sehinggalah beliau berangkat ke dewan pembedahan pada 31/12/08.
Semasa bersalaman sebelum pulang aku sempat berpesan pada Sahabatku, 'Moga enta tabah lalui ujian hidup'. Beliau membalas, 'Jangan lupa doakan ana!' InsyaAllah aku doakan Sahabatku & 6 orang anak yang ditinggalkan diringankan bebanan & tanggungan, diberikan ketabahan oleh Allah dalam meneruskan perjalanan hidup ini ke arah mencapai matlamat tertinggi iaitu mencari keredhaanNya.
Sahabatku juga bercerita:
Saya menikah dengan Faridah pada 21/11/1993...masa tu Faridah sedang mengambil DPLI di UTM...dan selepas habis DPLI bulan Jul 1994 beliau terus mengajar di SMK Sultan Ismail JB..Tahun 1997 kami pindah dan tinggal di Spg Renggam kerana bapa Faridah meninggal akibat kemalangan dan beliau mengajar di SMK Dara..arwah meninggal akibat Kanser Rahim...operation pertama pada bulan Feb 2007...dan meninggal pada 4/1/2009 akibat pendarahan semasa operation kali ke dua di Hospital Sultan Ismail...mempunyai 6 orang anak berusia diantara 9-18 tahun.Kami menetap di Kg Sahari Simpang Renggam..dan saya amat2 terasa kehilangannya kerana arwah merupa isteri yang sangat2 baik.
Beliau meninggal akibat pendarahan yang tak henti semasa operation kali kedua....di HSI JB...permergiannya agak mengejut....kerana , pada hari Rabu 31/12/2008, beliau sempat menghadiri mesyuarat sekolah..dalam keadaan happy dan ceria...pada hari Khamis petang ketika saya menghantar ke hospital....sambil menggengam erat tangan saya beliau berkata"Abang..kita hidup di dunia sama-sama dan mudah2an kita kat akhirat pun sama2 ya.."..inilah pesanan beliau yang tak akan saya lupakan...saya redha di atas pemergiannya kerana beliau isteri yang sangat2 solehah...dan memang layaklah Allah lebih sayang kepadanya
No comments:
Post a Comment