Friday, September 13, 2013

Secebis Coretan Tentang Mas'ul & Murabbi Pertamaku

Beliau berasal dari keluarga yang dianggap beragama oleh masyarakat setempatnya iaitu bapanya seorang Tok Guru. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Arab, Kolej Islam Kelang dan terakhir di UKM, Fakulti Pengajian Islam, jurusan Falsafah dan Usuluddin selama 4 tahun. Biarpun sejak awal mendapat pendidikan Islam tapi beliau merasa cukup minat serta meningkatnya kesedaran terhadap Islam pada tahun akhir pengajiannya.

Selanjutnya beliau menjawat Pegawai Pentadbir di sebuah jabatan kerajaan. Setelah 2 bulan setengah beliau pun berhenti kerana merasa tidak dapat memperkembangkan ilmu yang dipelajari. Selama sebulan berfikir akhirnya beliau menerima jawatan sebagai pensyarah Pendidikan Islam di ITM. Buat permulaan beliau terasa kaku dalam mengajar, beliau tidak berapa lancar hendak menyampaikan  lalu pelajar pun tidak mudah faham untuk menerima. Masa itu ada seorang pelajar part 3 kursus Kejuruteraan yang sering dapat menjelaskan  bahan-bahan kuliah kepada pelajar yang kurang faham. Pelajar berkenaan juga mengajak beliau mengadakan 'usrah'. Semasa awal berusrah, beliau kurang berjaya mengendalikannya. Akhirnya pelajar part 3 yang jadi mas'ul atas permintaan beliau dan beliau menjadi mad'u. Lama kelamaan barulah beliau dapat menyampaikan hal-hal Islam secara yang lebih baik.

Namun pergaulan yang luas dengan sahabat-sahabat yang punya fikrah Islami yang jelas beliau mula faham tingkatan dan tindakan yang perlu dilaksanakan ke arah Islam yang syumul.

(dari catatan diariku berdasarkan ta'aruf pertama pada Isnin 24 September 1984, sebelah malam)

Siapakah beliau yang saya maksudkan di atas;
Beliau adalah almarhum Ustaz Abdullah Akhili Abdul Latif yang telah kembali ke rahmatullah pada usia 46 tahun, pada hari Jumaat 19hb April 2002, cukup 40 hari Ustaz kembali menunaikan Haji di Makkah.
Ustaz di lahirkan pada 14 Januari 1956.

Pengalamanku: Alhamdulillah aku berpeluang mengenali Ustaz sejak Januari 1984 kerana Ustaz adalah pensyarah Pendidikan Islam di kampus ITM Cawangan Johor,, yang ketika itu di Bukit Siput, Segamat, Johor. Ustaz akan bersembang hal-hal yang tarbawi bila-bila kami berpeluang seperti semasa minum teh di warong, di dalam kereta atau bertemu Ustaz di pejabatnya. Ustaz akan meminjamkan aku sebuah buku bila aku menziarahnya di pejabatnya. Bila buku itu habis aku baca dan aku pulangkan, Ustaz akan meminjamkan sebuah buku yang lain pula. Antara judul buku yang aku masih ingat adalah Usul Dua Puluh tulisan Hassan alBanna. Kebetulan aku memang minat membaca. Buku fikrah Islamiah sesuatu yang baru bagiku pada masa itu namun aku merasakan nikmat yang berbeza berbanding dengan novel dan cerpen yang aku minat baca semasa remaja.

Sesuatu yang tidak mudah kulupakan adalah senyuman manis Ustaz yang melekat dalam memoriku sehingga ke hari ini.  

(Jazakillah buat salah seorang anak ustaz, Ukhti Ahlaam memberikan maklumat tambahan)

Pandangan sahabat-sahabatku:

Nur AlHuda
 Ina (Amnani).... kali terakhir kami dengan almarhum pada 28 Mei 2000 di KLIA. Kata-kata terakhir Cik Uda kepada almarhum, "maafkan ana, ustaz.." Lalu almarhum memberi senyuman terakhir.. Inilah wajah seorang murabbi mithali dan mithal 'amali..
May 19, 2012 at 10:15pm

Abdul Kadir Hanifah 
Ustaz Abdullah Akhili berkerja untuk islam(jamaah) sewaktu ramai yang terpaku dalam zon selesa. Semoga Allah menerima pengorbanan beliau.amiin
September 25 at 10:30am


ustaz sangat murah untuk senyum dengan sesiapa saja.-terkenang:sewaktu ana ziarah beliau sedang bergelut dengan penyakit yang menimpa(Allah uji beliau)dia beri tahu anak lelakinya."pergi beli makan/nasi sahabat datang ni."-akhi2.ana menangis ini kerana banyak sebab dan sangat sayang kepada ustaz ABDULLAH AKHILI.semoga Allah redzo kepadanya.amiin ya rabb

Abu Zahid Ibn Sham
 Moga Allah menerima semua amalan soleh mereka... Ustaz Abdullah AKhili rhm adalah antara murabbi yang tidak akan ku lupa sampai bila-bila...


Pandangan anak-anak almarhum Ustaz:


Saat yang paling diingati adalah, bila aku memandang padanya, dia pasti akan memandangku dan tersenyum.. :')

No comments:

Post a Comment